Kami adalah Syarikat Pengendali Latihan Korporat yang memberi latihan syarikat persendirian, agensi kerajaan dan motivasi. Kami mencari calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan di syarikat kami:
1. Pengurus Operasi
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan
- Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan
- Kemahiran merancang, rundingan, komunikasi dan interpersonal yang baik
- Bijak dan mementingkan hasil
2. Juruaudit Dalaman
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lepasan Ijazah atau Ijazah Professional dalam bidang Perakaunan, Perundangan atau yang setara
- Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman
- Mahir di dalam prinsip dan amalan perakaunan dan standard pengauditan, kaedah dan peraturannya
- Kemahiran analitikal yang tinggi, mementingkan hasi; dengan kemahiran menulis laporan yang baik
3. Akauntan
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, Diploma Lepasan Ijazah atau Ijazah Professional dalam bidang Kewangan, Perakaunan, Perbankan atau yang setara dan diakui MIA
- Kemahiran analitikal yang tinggi dan komited terhadap tanggungjawab dan kualiti kerja
- Kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang baik
Calon yang berminat dipelawa untuk membuat permohonan dengan resume lengkap yang menyatakan kelayakan, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon untuk dihubungi dan sebuah gambar terbaru bersaiz passport melalui emel ke sales [at] iltizamtuah.com
No comments:
Post a Comment